Watak lain Senarai_watak_One_Piece

Monkey D. Dragon

Monkey D. Dragon ialah ayah kepada Monkey D. Luffy, seorang yang misteri, hanya muncul beberapa kali dan juga merupakan ketua Revolutionary.

Portgas D. Ace

Portgas D. "Penumbuk Berapi" Ace ialah abang angkat Monkey D. Luffy. Dia telah bertarung dengan Marshall D. Teach dan kalah. Marshall D. Teach telah menyerahkannya kepada Kerajaan Dunia (世界政府, Sekai Seifu) bagi mendapatkan habuan dan sebagai tiket untuknya menjadi salah seorang Shichibukai. Ace mendapat hukuman bunuh dan semasa hukuman, Lanun Whitebeard dan Luffy cuba menyelamatkannya namun dia masih mati dibunuh oleh Akainu walaupun Luffy telah berjaya membebaskannya.

Monkey D. Garp

Monkey D. Garp ialah datuk kandung Monkey D. Luffy dan datuk angkat Portgas D. Ace. Dia ialah seorang Askar Laut berpangkat Laksamana Madya tetapi selepas Perang Terhebat dia meletakkan jawatan tetapi masih menjadi seorang pengajar bagi Askar-askar Laut yang masih baru.

Gol D. Roger

Gol D. Roger ialah Raja Lanun yang dihukum bunuh. Sebelum dia dihukum bunuh, dia mengumumkan bahawa segala hartanya, digelar One Piece ada di Grand Line. Tindakannya itu mencetuskan bermulanya Zaman Lanun Terhebat (大海賊時代, Dai Kaizoku Jidai).

Buggy

Buggy si Badut Bintang ialah ketua Lanun Buggy. Dia ialah kawan Shanks, juga anak buah Gol D. Roger suatu masa dahulu. Selepas Perang Terhebat, dia senaraikan sebagai Shichibukai oleh Kerajaan Dunia.

Arlong

Arlong ialah kapten Lanun Orang Ikan (魚人海賊団, Gyojin Kaizoku-dan) yang telah menakluk kampung halaman Nami tetapi telah dikalahkan oleh Luffy. Arlong dan Jinbei, bekas Shichibukai, dahulunya dalam kumpulan lanun yang sama dan berkaptenkan Fisher Tiger (フィッシャー・タイガー, Fisshā Taigā).

Nefertari Vivi

Nefertari Vivi ialah seorang puteri dari negara Alabasta yang tidak sengaja berjumpa dengan Monkey D. Luffy dan rakan-rakannya.Dia juga talah meminta Luffy dan rakan-rakannya membantunya menyelamatkan negaranya daripada Crocodile. Semasa mula-mula bertemu dengan Luffy dan anak kapalnya, Vivi sedang dalam penyamaran dan menggunakan nama Miss Wednesday.

Sir Crocodile

Sir Crocodile seorang bekas Shibukai dan orang yang ingin menakluki sebuah pulau yang bernama Alabasta tetapi dihalang oleh Monkey D. Luffy. Dia memakan buah syaitan jenis Logia Suna Suna yang membolehkannya bertukar menjadi pasir. Dia ialah bekas ketua bagi Baroque Works yang telah bubar dan nama kodnya pada masa itu ialah Mr. 0. Dia bekerjasama dengan Luffy dalam cubaan mereka untuk membebaskan diri dari Impel Down dan turut serta dalam perang hebat antara Marin dan Lanun Whitebeard.

Smoker

Smoker Si Pemburu Putih (白猟のスモーカー, Hakuryō no Sumōkā) ialah seorang Askar Laut yang memburu Luffy sejak Luffy menjejakkan kaki di Loguetown sehingga kini. Dia dulunya berpangkat Kapten kemudiannya menjadi Komodor dan kini sebagai Laksamana Madya. Dia memakan Buah Moku Moku (モクモクの実, Moku Moku no Mi), buah syaitan jenis Logia, yang membolehkan orang yang memakannya bertukar menjadi asap.[1]

Tashigi

Tashigi ialah seorang Askar Laut yang berpangkat Kapten dan juga seorang pemedang. Dia berkhidmat di bawah Smoker Si Pemburu Putih.

Sengoku

Sengoku si Buddha ialah seorang Askar Laut dan merupakan Laksamana Armada bagi Angkatan Laut.

Silvers Rayleigh

Silvers Rayleigh (シルバーズ・レイリー, Shirubāzu Reirī) yang bergelar Raja Kegelapan (冥王, Mei-Ō) ialah bekas rakan pertama Raja Lanun, Gol D. Roger. Raleigh tidak mempunyai kuasa buah syaitan tetapi seorang pengguna Haki yang mahir, malahan memiliki kuasa Haki Warna Raja Agung (覇王色の覇気, Haō-shoku no Haki). Dialah orang yang telah mengajar Monkey D. Luffy menggunakan kesemua tiga jenis Haki dan menganggap Luffy sebagai perantisnya.


sabo

Sabo adalah panglima pasukan Revolusidan kawan masa kecil Monkey D. Luffy dan Portgas D. Ace . Mereka bertiga lalu saling mengangkat saudara satu sama lain.DIa anak seorang bangsawan dari kerajaan Goa, namun lari dari rumah lalu hidup menggelandang di Terminal Grey. Impian Sabo yakni menjadi lanun yang bebas di lautan. Setelah timeskip Ia juga diakui sebagai "Nombor 2" dari seluruh organisasi,menjadikannya orang kedua dalam memerintah setelah Dragon sendiri.walaupun demikian, Sabo memutuskan untuk berlayar sebelum Ace dan Luffy, dan perahu nya dihancurkan oleh Naga Langit saat kemudian. Sabo diyakini telah meninggal akibat peristiwa ini, tapi entah bagaimana selamat dan bergabung dengan pasukan Revolusi.